Sunday, April 7, 2013

Gotong royong membaiki kerusi meja murid

Aktiviti gotong royong membaiki kerusi dan meja murid sekolah SK. Tungku mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada para ibu bapa apabila seramai lebih 40 orang hadir menjayakan aktiviti tersebut. Aktiviti yang diadakan kelmarin (sabtu) dengan anjuran bersama guru-guru dan ibu bapa turut dihadiri oleh yang Dipertua PIBG SK. Tungku, En Taib Mayong dan Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan. Pengumuman mengenai aktiviti tersebut telah dibuat oleh Guru Besar semasa perhimpunan isnin lalu. Beliau mengumumkan aktiviti tersebut selepas memantau keadaan kerusi dan meja murid-murid di beberapa kelas yang didapati daif dan perlu dibaiki.









Sementara itu, beberapa orang guru juga mengambil peluang ini untuk menyusun semula kedudukan meja guru-guru dalam bilik guru mengikut kesesuaian bilangan semasa staf SK. Tungku. Bilangan guru SK. Tungku bertambah dengan kemasukkan 3 orang guru mengisi kekosongan 2 orang guru yang berpindah tahun lalu.




Selain dapat memperbaiki kerusi dan meja murid-murid yang rosak, ianya juga sedikit sebanyak merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan warga pendidik SK. Tungku. Aktiviti berakhir sebelum jam 12 tengah hari.

No comments:

Post a Comment